Thursday 31 October 2013

Jatuh Buat Kali Kedua

Jiwa ini perit.
Hati ini terus nangis.
Mengenang nasib.
Mengenang hari-hari datang.
Yang bakal bawa diri pergi.
Kala ini aku jatuh lagi.
Jatuh buat kedua kali.
Sakitnya kembali lagi.
Sakit yang teramat.
Tuhan peluk aku.
Beri aku semangat.
Apa hari depan aku bakal terus gelap?
Bilamana hari ini aku jatuh buat kedua kali.

S.J

Tuesday 8 October 2013

Buta

"Kerana sering diajar dengan perasaan beri peluang. Aku buta dgn keburukan yg kau lempar ke aku. Semua itu seolah keajaiban pada diri kamu."

Manis

"Bahagialah dengan perkara-perkara manis yang kau alami. Kerna apa, kerna perkara manis adalah pinjaman sementara dri Dia utk kau nikmat."
-S.J 

#seratusmulut

AAAAWWWWUUU~

Wolfies sekalian!
Ini berita baik!!

Anda mahu menjadi penulis puisi?
Mahu karya puisi anda dibukukan?
Jadi ayuh!
Ikut serta ini.
@BukStor sebuah komuniti terbitan buku
mahu menerbitkan buku himpunan puisi Seratus Mulut.
Jadi kalian mari cuba nasib dengan menghantar karya puisi anda kepada mereka.
mana tahu terpilih untuk menjadi penulis Seratus Mulut.
Lekas!

aaaaaaawwwwuuuu~

klik sini untuk rujukkan:

Buku Himpunan Puisi : Bullshitasi

AAAAAWWWWWUUUUU~

Wolfies sekalian,

Sesiapa yang berminat dan mahu mendapatkan BUKU HIMPUNAN PUISI : BULLSHITASI tulisan EID OMAR (S.J) boleh kontek @BukStor di laman sosial burung biru (Twitter). Tempahan perlu dibuat dengan segera kerana jumlah buku adalah terhad.

“TEMPAHAN MULA DIBUKA DARI 3 SEHINGGA 15 OKTOBER 2013. STOK ADALAH TERHAD.”

Dan kepada yang berada dicelah KEDAH terutama dicelah SUNGAI PETANI, GURUN dan mahu mendapatkan terus Bullshitasi boleh la kontek Abam Serigala di laman Twitter beliau. Stok juga terhad. Lekas!

rujuk ini Bullshitasi.tumblr.com untuk maklumat lanjut.

TERIMA KASIH.


Monday 7 October 2013

Suara Angin


Suara-suara angin malam sayup-sayup bisik pada gegendang telinga.
Begitu juga, menyapu lembut kulit pipi aku.
aku tenang begini.
walau suara yang bisik itu tidak selunak suara kamu.
walau sapuan itu.
tidak selembut sapuan tangan kamu.
Jadi atas sebab kamu pergi.
jauh trus dari aku.
tinggalkan aku.
tika itu aku hilang arah.
bayang kamu sudah jadi igauan hari-hari.
buat aku persis lelaki yg hilang akal. gila.
lntas, kerna trlalu trluka.
aku ambil ini peluang.
keluar dekat diri sama alam.
luah pada mereka.
nangis pada mereka.
ketawa sama mereka.
kehadiran aku pd mereka seperti dialu-alukan.
aku bahagia sayang.
trlalu bhgia.
dan luka yg kamu calarkan
sudah semakin sembuh.
lihat semakin sembuh.
terima kasih beri aku teladan, sayang.

Saturday 5 October 2013

Pijak

Bau Kamu

"Malam ini, bau tubuh kamu semakin lenyap dari dapat dihidu hidung aku. Pasti, pelukan kamu semakin renggang dan terus melepaskan aku. Aku keseorangan dalam gelap sepi."